Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
BAHASA MALAYSIA | ENGLISH

APM - Program Sijil Perikanan

 

PENGENALAN

  • Merupakan program pengajian tinggi peringkat sijil yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan dan dilaksanakan oleh Akademi Perikanan Malaysia.
  • Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada 4 aspek utama iaitu Perikanan Tangkapan, Akuakultur, Biosekuriti dan Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai.
  • Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan bidang perikanan, kemahiran teknikal perikanan dan kemahiran soft skill melibatkan pembinaan sahsiah diri dan keusahawanan.
  • Pelaksanaan program mengikut piawaian MQA.

 

MATLAMAT PROGRAM

  • Mengeluarkan tenaga kerja mahir sektor perikanan bagi memenuhi tenaga kerja sector kerajaan dan swasta.
  • Melahirkan modal insan kreatif dan inovatif yang membantu transformasi sektor perikanan.
  • Menyediakan latihan kemahiran dan pengkhususan bagi melahirkan bakal usahawan perikanan.

 

PROGRAM OBJEKTIF (PEO)

PE01. Menyediakan modal insan yang berkebolehan dalam pelbagai disiplin yang mampu merealisasikan matlamat pengeluaran ikan negara.

PE02. Melahirkan sumber manusia yang mempunyai kesedaran keseimbangan di antara pembangunan industri perikanan dan kelestarian alam sekitar.

PE03. Melahirkan pelajar yang memiliki keperibadian unggul, berketrampilan tinggi dan memahami denyut nadi rakyat serta aspirasi negara.

PE04. Menyediakan tenaga manusia mahir yang menepati keperluan program transformasi dalam industri perikanan negara.

PE05. Mewujudkan peluang kepada pelajar  lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)

PL01. Menguasai ilmu dalam pelbagai bidang perikanan.

PL02. Mengaplikasi kemahiran teknikal perikanan bagi menyelesaikan masalah dalam industri perikanan.

PL03. Mengintegrasi ilmu perikanan dengan kemahiran menjalankan kerja-kerja lapangan.

PL04. Mengaplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran.

PL05. Mempunyai kebolehan bekerja dalam pasukan.

PL06. Mempamerkan sikap, nilai dan etika kerja sentiasa berusaha mempertingkat diri dan masyarakat.

PL07. Peka terhadap isu-isu semasa dan global dalam bidang perikanan.

PL08. Mempunyai kebolehan mengurus dan keusahawanan.

 

 

STRUKTUR KURIKULUM PROGRAM SIJIL PERIKANAN

Bil Tahun 1 / Semester 1 Kredit
1 Pengenalan Perikanan 2
2 Biologi Ikan 3
3 Pengajian Malaysia I 2
4 English Fundamental 2
5 Sistem Aplikasi Komputer 2
6 Teknologi Akuakultur I 3
7 Pengurusan Sumber Perikanan I 3
8 Kokurikulum 1
  Jumlah 18
Bil Tahun 1 / Semester 2 Kredit
1 Asas Statistik dan Penyelidikan 3
2 English for Communication 2
3 Teknologi Akuakultur II 3
4 Pengurusan Sumber Perikanan II 3
5 Prinsip Akaun 3
6 Teknologi Perikanan Marin I 3
7 Teknologi Pemprosesan dan Kualiti Produk I 3
  Jumlah 18
Bil Tahun 2 / Semester 1 Kredit
1 Pengurusan Kesihatan Ikan 3
2 Ekonomi Malaysia 3
3 Kemahiran Berfikir 2
4 Kemahiran Keusahawanan 2
5 Pengurusan Komuniti Nelayan 3
6 Teknologi Perikanan Marin II 3
7 Teknologi Pemprosesan dan Kualiti Produk II 3
  Jumlah 19
Bil Tahun 2 / Semester 2 Kredit
1 Latihan Industri 6
  Jumlah 6

 

KRITERIA

  • Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 30 tahun (umur semasa memohon   kursus) atau (hingga 45 tahun bagi pegawai kerajaan).
  • Berkelulusan SPM atau SPMV atau Lepasan SKM Tahap 2 yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut :
    1. Lulus dalam Bahasa Melayu dan Sejarah
    2. Lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains
  • Berjaya dalam temuduga yang dijalankan. 
  • Sihat tubuh badan.

 

Peluang Pekerjaan

  • Penjawat Awam
  • Usahawan Produk Perikanan
  • Pengurus Akuakultur
  • Penyelia Dalam Industri Perikanan
  • Usahawan Perikanan Laut Dalam

 

Kemudahan Yang Disediakan

  • APM memiliki struktur organisasi yang lengkap dalam menyediakan program latihan di samping mempunyai kemudahan pembelajaran, perkhidmatan dan rekreasi yang mencukupi. Berikut adalah kemudahan program yang boleh diperolehi:
    1. Asrama penginapan disediakan
    2. Yuran pengajian adalah percuma
    3. Makan – minum ditanggung
    4. Pelaksanaan Program mengikut Piawaian MQA
    5. Elaun Bulanan Pelajar

 

Tatacara Permohonan

  • Permohonan secara online http://epengambilan.dof.gov.my  [  <---- KLIK LINK UNTUK MEMOHON]
  • Permohonan akan mula dibuka pada 1 Julai 2021
  • Tarikh tutup permohonan pada 31 Oktober 2021
  • Temuduga bagi calon di luar Terengganu akan dijalankan secara atas talian.

Kemaskini pada 2021-09-27 19:00:24 daripada Admin APM

  •  
  • Print
  • Email this page