Majlis Berbuka Puasa & Terawih Perdana APM 2017
dan
Majlis Perpisahan Pelatih SKM Tahap 3 Senior sesi Julai 2016 - Jun 2017
KLIK LINK UNTUK GAMBAR-GAMBAR MAJLIS
Chendering, Terengganu : Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia, APM telah mengadakan satu majlis berbuka puasa dan solat terawih berjemaah untuk seluruh warga APM. Majlis ini dihadiri oleh Pengarah, pegawai, kakitangan dan pelajar APM. Majlis berbuka puasa diadakan di perkarangan parkir kereta dan galeri APM manakala solat berjemaah pula diadakan di dewan besar APM. Solat berjemaah diimamkan oleh Ustaz Ab. Rahim bin Ali. Satu majlis khas iaitu majlis penyampaian sijil tamat program turut diadakan bagi meraikan pelatih-pelatih Sijil Kemahiran Malaysia, Teknologi Perikanan Tangkapan Tahap 3 senior seramai 27 orang. Mohammad Amyrol bin Sulaiman telah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Tahap 3 Senior bagi sesi Julai 2016 - Jun 2017. APM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelatih.
credit to : Mohd Sobri Amri bin Mohd Noor (KC HEP )
Kemaskini pada 2017-06-21 09:27:11 daripada Admin APM