Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
BAHASA MALAYSIA | ENGLISH

APM - Pertandingan Memancing Laut Pantai Sempena Pra-GNN 2017

KLIK LINK UNTUK GAMBAR-GAMBAR PROGRAM 

 

Kampung Batin, Kuala Nerus :  23 September 2017.

Satu Program Pertandingan Memancing Laut Pantai Negeri Terengganu anjuran Akademi Perikanan Malaysia, Chendering dengan kerjasama Pejabat Perikanan Negeri Terengganu, Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT), Sukarelawan Perikanan (SUPER) Kg. Batin, Kuala Nerus dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Akademi Perikanan Malaysia telah diadakan di Jeti Kampung Batin, Kuala Nerus, Terengganu.

Merupakan salah satu aktiviti pra pelancaran Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 yang akan berlangsung di Kemaman pada 12-14 Oktober 2017.

Lebih 100 orang peserta telah menyertai pertandingan ini melibatkan 10 buah vesel nelayan dengan 10 orang peserta di setiap buah vesel.

Pertandingan memancing laut pantai ini bertujuan untuk menarik minat lebih ramai lagi orang awam dalam mendedahkan mereka kepada kepentingan penjagaan sumber perikanan untuk generasi akan datang. Ianya juga selaras dengan hasrat Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) untuk mewujudkan peraturan perikanan rekreasi dalam masa terdekat.

Terima kasih YB Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu yang sudi hadir memeriahkan program pada hari ini.

APM juga mengadakan kursus keselamatan nelayan di laut yang menekankan tentang kepentingan mengutamakan aspek tersebut sebelum dan semasa keluar beroperasi di laut. Syarat Dan Spesifikasi Peralatan Keselamatan untuk nelayan termaktub di dalam Peraturan di bawah Akta Perikanan 1985 dan wajib yang perlu dipatuhi oleh semua nelayan.

Ekspektasi Nelayan. Apresiasi Nelayan.


Kemaskini pada 2017-09-24 09:14:56 daripada Admin APM

  •  
  • Print
  • Email this page