Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
BAHASA MALAYSIA | ENGLISH

APM - PROGRAM INDUKSI KOMPETENSI PERIKANAN (PIKP) 2018

PROGRAM INDUKSI KOMPETENSI PERIKANAN (PIKP) UNTUK LANTIKAN BAHARU JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

 

 

    Program Induksi Kompetensi Perikanan (PIKP) untuk lantikan baharu Jabatan Perikanan Malaysia Siri 1/2018 telah diadakan bertempat di Akademi Perikanan Malaysia, Chendering, Kuala Terengganu bermula pada 2 Februari hingga 14 Februari 2018. Seramai 41 orang lantikan baharu telah mengikuti kursus ini yang terdiri daripada 12 orang Pegawai Perikanan G41, 19 orang Pegawai Penyelidik, Q41 dan 10 orang Pembantu Laut, A19.

    Perasmian kursus telah diadakan pada 5 Februari 2018 dan majlis telah disempurnakan oleh Puan Maznah binti Othman, Pengarah Bahagian Pembangunan Latihan & Kemajuan Kerjaya, Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya. Antara pengisian program induksi ini adalah pengenalan kepada fungsi –fungsi setiap bahagian di Jabatan Perikanan Malaysia, Ujian Penulisan, Ujian Psikometrik dan juga Etika Kerja dalam Perkhidmatan Awam.

    Selain itu, peserta juga diwajibkan untuk menjalani Latihan Sangkut (On Training Jobs - OTJ) di Industri Perikanan merangkumi industri perikanan tangkapan, pemprosesan, pembenihan udang laut, penternakan ikan air tawar dan juga penternakan udang laut di sekitar daerah di Negeri Terengganu. Melalui pendedahan OTJ ini, peserta mendapat pengalaman baharu dimana dapat mempraktikkan pengetahuan mereka melalui proses pembelajaran secara langsung dengan pengusaha bidang perikanan yang terpilih. Pengusaha dan penternak yang terpilih dalam sesi OTJ ini juga menyifatkan program ini wajar diteruskan pada masa akan datang sekaligus dapat mewujudkan kerjasama antara Jabatan dan pihak industri. 

    Kursus ini berakhir dengan sesi pembentangan oleh para peserta dengan diadili oleh juri jemputan dari Pejabat Perikanan Negeri Terengganu. Majlis penutup program telah diadakan pada 14 Februari 2018 dan disempurnakan oleh Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah APM. Peserta berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk memberikan lebih maklumat kepada pegawai lantikan baharu.

 

 

Majlis Perasmian PIKP Siri 1/2018 oleh Puan Maznah bt Othman

 

Sesi Ice Breaking oleh para peserta

Sesi Ice Breaking oleh para peserta

 

Para juri jemputan untuk sesi  pembentangan oleh peserta kursus

Ulasan dari KDP Kuala Terengganu

 

Majlis Penutup PIKP Siri 1/2018

 

 

 

Penyampaian sijil oleh Encik Ruzaidi Mamat

 

Peserta Program Induksi Kompetensi Perikanan Siri 1/2018

 

Disediakan Oleh:
Wan Nurul Shuhada binti Wan Ibrahim
Akademi Perikanan Malaysia 
wnshuhada@dof.gov.my

 


Kemaskini pada 2018-03-13 11:48:56 daripada Admin APM

  •  
  • Print
  • Email this page