MAJLIS LAFAZ DAN MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)
PPN TERENGANU & AKADEMI PERIKANAN MALAYSIA
BERSAMA SPRM TERENGGANU
Majlis lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh warga Pejabat Perikanan Negeri (PPN) Terengganu dan Akademi Perikanan Malaysia (APM) bersama SPRM Terengganu telah dilaksanakan dengan jayanya pada 8 Januari 2018 bertempat di Dewan Utama 2, APM. Jabatan Perikanan Malaysia merupakan jabatan/agensi kerajaan pertama yang melaksanakan IBR di Negeri Terengganu pada tahun 2018. Seramai 80 orang warga perikanan telah menghadiri dan menyertai program ini.
Bacaan lafaz IBR warga perikanan telah diketuai dan dipimpin oleh Tuan Haji Zawawi bin Ali, Pengarah PPN Terengganu dihadapan Pengarah SPRM Terengganu, Tuan Mohd Zaki bin Hassan. Pada majlis tersebut juga, dua (2) dokumen IBR telah ditandatangani oleh Pengarah PPN Terengganu dan Cik Noorliza Binti Ramli, Timbalan Pengarah APM. Dengan termeterainya IBR ini, maka warga perikanan adalah komited dan beriltizam untuk menangani gejala rasuah seterusnya melahirkan warga perikanan yang bebas rasuah.
Bacaan lafaz ikrar diketuai oleh Pengarah PPN Terengganu
Sesi menandatangani IBR
Sesi bergambar bersama pihak SPRM Terengganu
Oleh : Mohd Faizal bin Mat Ahan
faizal_ahan@dof.gov.my
(Akademi Perikanan Malaysia)
Kemaskini pada 2018-07-09 09:34:51 daripada Admin APM