Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
BAHASA MALAYSIA | ENGLISH

APM - DEMONSTRASI PERALATAN MENANGKAP IKAN SEMPENA EKSPO TERENGGANU 2018

DEMONSTRASI PERALATAN MENANGKAP IKAN

SEMPENA EKSPO TERENGGANU 2018

 

                      Pada 28 Februari 2018, Akademi Perikanan Malaysia (APM) telah menyertai demonstrasi peralatan menangkap ikan iaitu kaedah pembinaan Bubu Lipat Ketam. Demonstrasi ini telah diadakan di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus sempena Ekspo Terengganu 2018 yang bermula pada 25 Februari 2018 sehingga 3 Mac 2018. Kakitangan APM yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah En. Arifin bin Salim dan En. Mohd Azan bin Zakaria daripada Unit Peralatan. Secara keseluruhannya, aktiviti demonstrasi ini telah berjaya menarik perhatian pengunjung yang hadir ke Pavilion Pertanian. Semoga aktiviti dan program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

 

 

 

 

Persediaan kakitangan Unit Peralatan, APM untuk demonstrasi Bubu Lipat Ketam sempena Ekspo Terengganu 2018.

 

 

 

Suasana kehadiran pengunjung di Pavilion Pertanian semasa aktiviti demonstrasi pembinaan Bubu Lipat Ketam dijalankan.

 

Oleh : Mohd Faizal bin Mat Ahan
          faizal_ahan@dof.gov.my
          (Akademi Perikanan Malaysia)


Kemaskini pada 2018-03-13 11:47:37 daripada Admin APM

  •  
  • Print
  • Email this page