Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
BAHASA MALAYSIA | ENGLISH

APM - JUALAN PRODUK DAN DEMONSTRASI ENJIN SANGKUT DI PASAR PERIKANAN 2018

JUALAN PRODUK DAN DEMONSTRASI ENJIN SANGKUT DI PASAR PERIKANAN, KEMAMAN

 

Pada 10 Februari 2018, Akademi Perikanan Malaysia (APM) telah menyertai jualan produk berasaskan ikan dan demonstrasi enjin sangkut di Pasar Perikanan, Kemaman. Program ini merupakan Pasar Perikanan yang pertama diadakan di Pantai Mok Nik, Kemaman dan program ini dicadangkan untuk dilangsungkan pada minggu pertama setiap bulan. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengadakan jualan produk-produk berasaskan perikanan dan juga berkaitan industri asas tani. Antara agensi kerajaan yang turut terlibat adalah seperti Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan FAMA daerah Kemaman.

           

Antara produk APM yang dijual di Pasar Perikanan ini ialah keropok crispy, nugget ikan, jejari ikan dan fish ball yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung yang hadir. Selain itu, dengan adanya demontrasi enjin sangkut pengunjung yang hadir juga boleh mendapatkan khidmat nasihat teknikal daripada tenaga pengajar APM.

 

Secara keseluruhannya, program ini adalah sangat bermanfaat kepada komuniti setempat selain menjadi platform untuk mempromosikan APM kepada masyarakat di daerah Kemaman.

 

   

 

Aktiviti jualan produk APM di Pasar Perikanan.

 

  Aktiviti demonstrasi enjin sangkut di Pasar Perikanan.

 

Oleh : Mohd Faizal bin Mat Ahan
          faizal_ahan@dof.gov.my
          (Akademi Perikanan Malaysia)


Kemaskini pada 2018-07-09 09:38:06 daripada Admin APM

  •  
  • Print
  • Email this page