KURSUS TEKNOLOGI ENJIN DIESEL (MARIN)
VESEL PENANGKAPAN IKAN
24 - 28 Jun 2018
Oleh: Mohd Yazeit bin Mat Yusof
Unit Kejenteraan, Akademi Perikanan Malaysia
Pada 24 Jun 2018 hingga 28 Jun 2018, Akademi Perikanan Malaysia (APM) telah mengadakan Kursus Teknologi Enjin Diesel (Marin) bagi Vesel Penangkapan Ikan.Kursus ini merupakan salah satu program dibawah Program Pembangunan Kepakaran dan Latihan Semula (Reskilling) Tenaga Pengajar TVET, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan tenaga pengajar pelapis yang kompeten di dalam Jabatan. Seramai 15 orang peserta terlibat iaitu 14 orang tenaga pengajar dari APM dan seorang pengajar daripada Kolej Perikanan Sultan Nazrin (KPSN), Lumut.
Modul kursus ini merangkumi teori dan amali seperti sistem perjalanan enjin,sistem bahan api,sistem pelinciran dan juga sistem sokongan. Peserta kursus turut didedahkan dengan cara-cara untuk Pemulihan Enjin (Engine Overhaul) dan juga prosedur keselamatan di dalam Bengkel. Secara keseluruhannya, kursus ini adalah sangat bermanfaat kepada Tenaga Pengajar bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kefahaman untuk pengendalian enjin diesel (marin).
Kemaskini pada 2018-12-14 17:27:18 daripada Portal Administrator