Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
BAHASA MALAYSIA | ENGLISH

APM - ECO PELANCONGAN KENYIR: KURSUS IN-HOUSE GUIDE JADI PERINTIS UNTUK BELIA

ECO PELANCONGAN KENYIR: KURSUS IN-HOUSE GUIDE JADI PERINTIS UNTUK BELIA

29 Julai - 2 Ogos 2018

Oleh: Mohd Faizal bin Mat Ahan
Ketua Cawangan Teknikal Perikanan, Akademi Perikanan Malaysia
        

 

            Pada 31 Julai 2018 hingga 2 Ogos 2018, Kursus In-House Guide telah diadakan di Angullia Beach Resort, Marang. Kursus ini merupakan anjuran TNB Research Sdn. Bhd. bersama Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan APM. Peserta In-House Guide yang menyertai kursus ini adalah seramai 13 orang belia daripada kampung Basong dan Pasir Dula, Hulu Terengganu. Ojektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang perikanan. Selain itu, ini merupakan kursus khas kepada In-House Guide yang akan terlibat dalam program perintis eko-pelancongan yang sedang dibangunkan di kawasan tasik Stesen Janaelektrik Hulu Terengganu (SJHT).

 

            APM telah menghantar tenaga pengajar iaitu En. Jasmi bin Chik, En. Mohd Yazeit bin Mat Yusof, En. Noorazizu bin Mamat dan En. Sazali bin Mohd Noor untuk mengendalikan slot Kursus Penyelenggaraan Enjin Sangkut pada 31 Julai dan 1 Ogos. Peserta telah diajar mengenai pengenalan kepada enjin sangkut, Overhaul Power Unit, Overhaul Gear Box dan Trouble Shooting. Pada 2 Ogos, peserta telah disampaikan taklimat mengenai “Keselamatan Di Sungai” oleh En. Mohamad Azmi bin Abdullah dan “Pengenalan kepada Simpulan dan Peralatan Memancing” oleh En. Arifin bin Salim dan En. Mohamad Azan bin Zakaria.

 

Semoga program seumpama ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada para peserta dan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

 

 

 

 

Penyelenggaran enjin sangkut

 

 

Taklimat Pengenalan kepada Simpulan dan Peralatan Memancing

 


Kemaskini pada 2018-09-23 11:04:58 daripada Admin APM

  •  
  • Print
  • Email this page