PROGRAM KECERGASAN KAKITANGAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2021
4 OKTOBER 2021
Disediakan Oleh : Unit Promosi dan Khidmat Kakitangan
Program Kecergasan Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2021 yang telah diadakan pada hari Isnin, 5 Oktober 2021 bertempat di Dataran Row Call Akademi Perikanan Malaysia melibatkan kakitangan-kakitangan Akademi Perikanan Malaysia dan Pejabat Perikanan Negeri (PPN) Terengganu.
Program dimulakan dengan acara senamrobik yang dipimpin oleh jurulatih jemputan yang dijemput khas bagi menjayakan program kali ini. Selesai aktiviti senamrobik, program diteruskan dengan acara mendaki (hiking) Bukit Chendering dimana acara ini dapat menguji tahap kecergasan fizikal dan mental kakitangan disamping dapat meningkatkan lagi stamina kakitangan setelah sekian lama tidak dapat menjalankan aktiviti luar disebabkan oleh pendemik Covid-19 yang melanda.
Dengan slogan Towards Sporting Nation, adalah diharapkan dengan penganjuran aktiviti sebegini dapat menjadikan kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu sentiasa sihat dan cergas dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
#stayhealthstayfit
#towardssportingnation
#HSN2021
#HSN2021terengganu
Kemaskini pada 2022-10-06 18:29:47 daripada Admin APM