Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
BAHASA MALAYSIA | ENGLISH

APM - Perutusan Pengarah

PERUTUSAN PENGARAH AKADEMI PERIKANAN MALAYSIA

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Akademi Perikanan Malaysia yang saya hargai dan para pengunjung laman web Akademi Perikanan Malaysia.


Akademi Perikanan Malaysia atau APM adalah sebuah Institusi Kemahiran yang berperanan utama dalam membina modul latihan bersepadu dan modal insan kepada para pelatih dan nelayan.

APM sebagai sebuah institusi yang telah lama bertapak sentiasa mengambil langkah proaktif dan responsif kepada aspirasi kerajaan melalui modul latihan yang bersepadu. Modul latihan tersebut dirangka dengan teliti dan terperinci dalam bentuk kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang.

Selaras dengan status sebagai Pusat Bertauliah Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) yang menawarkan persijilan dalam bidang kemahiran Teknologi Perikanan Tangkapan, APM memberi tumpuan kepada aspek kemahiran teknikal dan pembangunan insan berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau National Accupational Skills Standard (NOSS) dalam meningkatkan kualiti sektor perikanan terutamanya bagi memenuhi keperluan golongan sasar. Program ini akan menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai pekerja mahir dan pengusaha pertanian yang bertaraf komersial dan berskala besar melalui penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti.

Setiap penjawat awam di APM mestilah sentiasa proaktif dan komited sejajar dengan moto APM sebagai “PUSAT KECEMERLANGAN ILMU”. Moto ini haruslah menjadi pemangkin dan pegangan kepada semua penjawat awam di APM yang berteraskan bagi menghasilkan perkhidmatan yang menjurus kepada mengeluarkan pelatih yang berkompetensi kemahiran dan memfokuskan latihan amali, projek serta simulasi. Di samping itu program di APM akan menumpukan latihan dari aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran, pemantapan jati diri pelatih dan amalan keselamatan tempat kerja.

Teknologi Maklumat merupakan media yang sangat berkesan dan terkini. Wujudnya laman web ini, memberi ruang untuk APM menyalurkan maklumat tentang aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan dengan mudah dan tepat. Sebagai Timbalan Pengarah APM, saya mengharapkan agar maklumat yang disalurkan melalui laman web ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang peranan dan fungsi APM dalam merealisasikan hasrat kerajaan seterusnya menjadikan sektor perikanan sebagai industri makanan negara yang mampan dan berdaya saing. Laman web ini juga diharapkan dapat memberi maklumat dan inspirasi kepada masyarakat perikanan khasnya para nelayan, pekerja industri perikanan serta majikan industri perikanan di seluruh negara. Semoga usaha murni kerajaan untuk memberi kehidupan harmoni dan sejahtera lagi bermakna kepada masyarakat perikanan ini akan tercapai dengan cemerlang.

Akhir kata, dengan penuh iltizam dan semangat jitu, saya berharap semua warga APM sentiasa memberi kerjasama yang padu kepada saya untuk melaksanakan tanggungjawab bagi mencapai objektif APM dan Jabatan Perikanan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

 


RUZAIDI BIN MAMAT
Pengarah Akademi Perikanan Malaysia

 


Kemaskini pada 2017-06-15 09:17:43 daripada Admin APM

  •  
  • Print
  • Email this page