BIDANG YANG DITAWARKAN
- Teknologi Perikanan Tangkapan
TUJUAN
- Menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang perikanan tangkapan sebagai pekerja mahir dan pengusaha bertaraf komersil dan berskala besar melalui penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti dan produktivi sektor perikanan tangkapan negara.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menyediakan tenaga kerja mahir terlatih dalam sektor perikanan yang meliputi semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan.
- Melahirkan usahawan tani muda yang berdaya saing, moden dan kreatif bagi mencapai negara yang berpendapatan tinggi.
- Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
PELAKSANAAN
- Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau National Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi.
- Persijilan PLKPK adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
TEMPOH LATIHAN
- 2 Tahun
PERSIJILAN
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 ( Teknologi Perikanan Tangkapan)
Kemaskini pada 2017-06-18 08:15:56 daripada Admin APM