Latihan Amali Operasi Peralatan Menangkap Ikan Komersial Pukat Jerut Ikan
Sekitar sesi latihan amali operasi peralatan menangkap ikan komersial pukat jerut ikan oleh pelajar Sijil Kemahiran Malaysia Program Teknologi Perikanan Tangkapan Tahap 3. Sesi latihan dijalankan diatas vesel penangkapan ikan pukat jerut tempatan di lokasi sekitar perairan Beting Lintang Besut Terengganu. Sesi latihan amali telah dijalankan dibawah pemantauan pengajar dan juga pemilik vesel serta kru vesel pukat jerut yang digunakan bagi tujuan latihan amali ini. Peralatan yang digunakan pada sesi ini adalah peralatan Pukat Jerut Bilis dengan menyasarkan Spesis Ikan Bilis sebagai spesis tangkapan utama.
Kemaskini pada 2024-10-28 16:13:39 daripada Admin APM