KURSUS PRODUK INOVASI OTOSHIMI DAN SURIMI
Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran tentang pemprosesan otoshimi, surimi dan produk berasaskan otoshimi dan surimi dalam bentuk teori dan amali. Modul teori merangkumi Pemprosesan Otoshimi dan Surimi, Asas Pembungkusan dan Pelabelan, Pengenalan GMP dan Asas Keusahawanan. Manakala modul amali adalah pemprosesan Otoshimi dan Surimi, pemprosesan produk berasaskan Surimi (bebola ikan / kek ikan, jejari, nuget dan sosej) dan pemprosesan produk berasaskan Otoshimi (keropok lekor dan burger)
Kemaskini pada 2017-06-27 10:09:57 daripada Admin APM