loader image

Portal Rasmi

AKADEMI PERIKANAN MALAYSIA

Jabatan Perikanan Malaysia

Soalan Lazim

Maklum Balas

Hubungi Kami

Program Sijil Kemahiran Malaysia

Program Sijil Kemahiran Malaysia Operasi Perikanan Tangkapan TAHAP 3

Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Perikanan Tangkapan Tahap 3 merupakan latihan kemahiran yang ditawarkan di Akademi Perikanan Malaysia (APM) sebagai sebuah Pusat Bertauliah (PB) di bawah seliaan Bahagian Pembangunan Kapasiti Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Tujuannya adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang perikanan tangkapan. 

Program ini dilaksanakan melalui pendekatan bersepadu yang merangkumi 30% teori dan 70% kemahiran praktikal, bagi memastikan pelatih bukan sahaja memahami asas ilmu tetapi juga mahir melaksanakan tugasan di lapangan. 

Pelatih akan mempelajari kursus teras berkaitan operasi perikanan tangkapan seperti penggunaan pukat, bubu, rawai, penyelenggaraan enjin marin, pelayaran vesel serta kemahiran penyelenggaraan vesel. Selain itu, terdapat juga kursus wajib seperti Keusahawanan, Sains Untuk Pertanian, Komputer Untuk Pertanian, serta kursus Co-Abilities. Latihan Industri turut diwajibkan bagi memberi pendedahan pengalaman sebenar di lapangan.

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

  • PLO 1:

    Menjelaskan pengetahuan dan kefahaman tentang maklumat, fakta, prinsip, konsep dan teori secara sistematik dalam bidang perikanan tangkapan.

  • PLO 2:

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang boleh diramal dalam bidang perikanan tangkapan.

  • PLO 3:

    Melaksanakan kemahiran kerja dengan alatan/kaedah/prosedur yang sesuai di bawah seliaan dalam bidang perikanan tangkapan.

  • PLO 4:

    Berinteraksi secara berkesan sebagai individu atau sebagai ahli kumpulan bersama penyelia, rakan sejawatan dan orang bawahan.

  • PLO 5:

    Berkebolehan menyampaikan maklumat serta idea secara berkesan melalui lisan dan bertulis dengan menggunakan bahasa dan kaedah yang sesuai.

  • PLO 6:

    Berkemampuan menggunakan pelbagai aplikasi digital bagi menyokong pembelajaran serta mencari dan memproses data berkaitan pembelajaran dalam bidang perikanan tangkapan.

  • PLO 7:

    Mempamerkan kemahiran mengguna dan menginterpretasikan data numerikal yang rutin dan kompleks serta data dalam bidang perikanan tangkapan.

  • PLO 8:

    Menunjukkan kualiti kepimpinan yang berkesan serta boleh berfungsi dengan efektif sebagai individu dan dalam kumpulan.

  • PLO 9:

    Menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran kendiri serta pembangunan intelektual dan diri dengan menunjukkan keyakinan, kawalan diri, kemahiran sosial serta beradab. (Kemahiran Personal)

  • PLO 10:

    Menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti keusahawanan. (Kemahiran Keusahawanan)

  • PLO 11:

    Mengamalkan sikap beretika, berintegriti dan profesional dalam bidang berkaitan. (Kemahiran Etika dan Profesionalisme)

Syarat Kemasukan Program

1

Warganegara Malaysia

2

Lelaki sahaja

3

Berumur 17 tahun hingga 30 tahun.

4

Boleh membaca, mengira dan menulis

5

Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan aktiviti di lapangan

Tempoh Latihan

Tempoh latihan bagi program ini adalah selama 2 tahun (80 minggu) dengan jumlah keseluruhan 60 jam kredit.

Jumlah Pelawat mengikut Halaman:
Dikemaskini pada :
10 September 2026
Akademi Perikanan Malaysia
Jumlah Pelawat
25,536
Pelawat
Paparan terbaik: 1920 x 1080
Hakcipta Terpelihara © 2026 Akademi Perikanan Malaysia