loader image

Portal Rasmi

AKADEMI PERIKANAN MALAYSIA

Jabatan Perikanan Malaysia

Soalan Lazim

Maklum Balas

Hubungi Kami

Kluster / Cawangan

Cawangan Khidmat Pengurusan

– Menyelaras urusan personel (perjawatan, kenaikan pangkat, tanggung kerja, pemangkuan, pengesahan jawatan, Buku                                Perkhidmatan)
– Menyelaras urusan kelakuan dan tatatertib kakitangan
– Melaksanakan pengurusan HRMIS di APM
– Mengurus rekod penerimaan surat rasmi, fail APM dan urusan berkaitan perhubungan (telefon dan faksimili)
– Mengurus urusan berkaitan stor, perolehan dan aset
– Menyelaras urusan kenderaan
– Mengurus dan menyelia keceriaan dan kebersihan fasiliti dan persekitaran APM
– Menguruskan kontrak kawalan keselamatan, dewan makan, kebersihan dan lain-lain
– Memastikan proses pembayaran dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan
– Menguruskan pembayaran gaji dan elaun kakitangan, elaun pelatih dan tuntutan penceramah luar APM
– Menguruskan akaun yang diperuntukan di APM
– Mengurus, menyedia dan memantau anggaran Belajawan Mengurus dan Pembangunan

Kluster Hal Ehwal Pelajar Dan Pusat Sumber

– Melaksanakan minggu orientasi pelajar (pendaftaran kad matrik)
– Menguruskan rekod pelajar termasuk pangkalan data ke dalam sistem dan statistik pelajar
– Pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
– Menguruskan kebajikan pelajar termasuk kaunseling dan rawatan
– Menguruskan pengurusan displin pelajar
– Menyelia dan menyelaras aktiviti kokurikulum
– Merangka, merancang dan menetapkan peraturan dan displin pelajar APM
– Menyelaras alumni dan tracer study lepasan graduan
– Menyelaras dan mendapatkan koleksi yang bersesuaian berkualiti dan terkini di Pusat Sumber
– Menyelaras pengurusan rekod koleksi perpustakaan dalam sistem KOHA
– Menyelaras urusan asrama

Kluster Latihan Kemahiran dan Sijil Perikanan

– Merancang dan menyelia program Sijil Perikanan dan Sijil Kemahiran Malaysia
– Menyelaras pembangunan kurikulum dan pembelajaran
– Memohon, mengurus dan menyelia peruntukan
– Menguruskan pensijilan dan pengiktirafan program
– Menyelia dan menyelaras program latihan industri
– Mengurus program keusahawanan dan inovasi pelajar
– Mengurus rekod pelajar dan pengajar
– Menguruskan kursus nilai tambah untuk pelajar

Cawangan Pembangunan dan Penyelenggaraan

– Menyelia projek pembangunan APM
– Merancang dan menyediakan cadangan peruntukan pembangunan APM
– Merancang dan menyelia cadangan RMK terkini dan RP APM
– Pengurusan Aset Tak Alih Jabatan
– Melaksanakan perolehan peruntukan pembangunan yang berkaitan kemudahan / infrastruktur
– Merancang, mengurus dan menyediakan spesifikasi kerja penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan infrastruktur dan ICT APM
– Menyelaras dan memastikan alat siaraya, CCTV dan ICT APM berfungsi dengan baik
– Mengurus dan memantau laman web APM

Kluster Pengajian Maritim dan Teknikal Pelayaran

– Merancang dan melaksanakan kursus upskilling bidang Navigasi, Teknologi Maritim, Keselamatan Laut dan Perikanan Rekreasi
– Memberi pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang Navigasi, Teknologi Maritim, Keselamatan Laut dan Perikanan Rekreasi bagi        melahirkan modal insan yang kompeten
– Merancang dan menyelia peruntukan di Kluster
– Melaksanakan Program Pemindahan Teknologi seperti demonstrasi dan latihan in-situ dengan kerjasama Jabatan atau agensi lain
– Menyediakan tenaga pengajar yang kompeten dan berkemahiran
– Merancang Program Pelayaran Vesel Latihan

Kluster Pembangunan Profesional dan Pembelajaran Berterusan

– Melaksana dan menawarkan latihan dan pembangunan modal insan berkaitan kepimpinan, pengurusan strategik, dasar dan polisi        awam, pengurusan ekonomi, negosiasi dan lain-lain yang berkaitan kepada para pegawai dan kakitangan jabatan bagi tujuan                membangunkan professionalisme dan membentuk barisan pelapis.
– Membentuk profiling pegawai dan melaksanakan pembangunan modal insan bagi laluan kerjaya dan pelan penggantian.
– Melaksanakan kolaborasi strategik dengan institusi pengajian dalam dan luar negara bagi membangunkan modal insan.
– Menyelaras dan melaksanakan program pengiktirafan pencapaian terdahulu kepada kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia dan        pemain industri.

Kluster Pengajian Teknikal Perikanan

– Melaksanakan Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan Perikanan Malaysia kepada kakitangan
– Merancang dan melaksana Kursus Upskilling dan reskilling dan lain-lain kursus penjawat awam Jabatan Perikanan Malaysia
– Merancang, membangun dan melaksanakan pembangunan kompetensi tenaga pengajar APM
– Merancang keperluan latihan untuk kakitangan APM
– Merancang dan melaksanakan kursus upskilling bidang Teknologi Perikanan, Pemprosesan dan Keselamatan Makanan
– Memberi pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang teknologi perikanan tangkapan dan pemprosesan perikanan bagi                          melahirkan modal insan yang kompeten
– Merancang dan menyelia peruntukan kursus di cawangan
– Merancang program kualiti di Cawangan Pengajian Teknikal
– Merancang Program Pemindahan Teknologi seperti demonstrasi dan latihan in-situ dengan kerjasama Jabatan atau agensi lain
– Menyediakan tenaga pengajar yang kompeten dan berkemahiran.

Jumlah Pelawat mengikut Halaman:
Dikemaskini pada :
12 Ogos 2026
Akademi Perikanan Malaysia
Jumlah Pelawat
25,530
Pelawat
Paparan terbaik: 1920 x 1080
Hakcipta Terpelihara © 2026 Akademi Perikanan Malaysia