loader image

Portal Rasmi

AKADEMI PERIKANAN MALAYSIA

Jabatan Perikanan Malaysia

Soalan Lazim

Maklum Balas

Hubungi Kami

Program Sijil Perikanan

Program Sijil Perikanan (MQA/FA7564)

Program Sijil Perikanan diwujudkan oleh Jabatan Perikanan melalui Akademi Perikanan Malaysia (APM) untuk membuka peluang lebih luas kepada lepasan SPM dan SPMV menceburi bidang perikanan.

Program ini menggabungkan pengetahuan teori dan pengalaman praktikal, selain memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar tentang industri perikanan. Fokus utamanya adalah pada empat (4) aspek:

  • Perikanan Tangkapan
  • Akuakultur
  • Biosekuriti
  • Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai

Tujuannya adalah untuk melahirkan pelajar yang mahir dan mampu berdepan dengan cabaran global serta keperluan pasaran kerja.

Objektif Pembelajaran Program (PEO)

  • PEO 1:

    Melahirkan graduan dalam bidang perikanan yang profesional, etika kerja yang tinggi dan tanggungjawab sosial dalam semua aspek pengurusan dan serta keupayaan untuk bekerja secara autonomi dan dalam pasukan. (Profesionalisme)

  • PEO 2:

    Mendorong graduan untuk terus belajar dan mengembangkan diri dalam bidang perikanan melalui pendidikan berterusan, keusahawanan dan penyertaan dalam industri, serta berupaya memimpin dan mengadaptasi dalam persekitaran kerja yang dinamik. (Pembangunan peribadi yang berterusan)

  • PEO 3:

    Graduan menguasai prosedur asas, menggunakan teknologi digital dan maklumat, menganalisis data kuantitatif bagi menyumbang pembangunan mampan melalui tanggungjawab sosial. (Penglibatan sosial dan literasi digital)

Syarat Kemasukan Program

1

Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas dan tidak melebihi 30 tahun.

2

Lulusan SPM atau setaraf dengan minima satu kredit dalam mana-mana subjek dan lulus subjek Matematik atau Sains atau subjek STEM/Elektif STEM; ATAU

3

Lulusan SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan.

4

Sihat tubuh badan.

5

Lulus temuduga.

Tempoh Latihan

Program Sijil Perikanan ditawarkan secara sepenuh masa dan berterusan selama empat semester – 2 tahun

Jumlah Pelawat mengikut Halaman:
Dikemaskini pada :
14 Oktober 2026
Akademi Perikanan Malaysia
Jumlah Pelawat
26,813
Pelawat
Paparan terbaik: 1920 x 1080
Hakcipta Terpelihara © 2026 Akademi Perikanan Malaysia