Pada 16 Februari 2026, pelajar Sijil Perikanan telah menjalani latihan amali bagi Kursus Pengurusan Sumber Perikanan di Pangkalan Nelayan Tanjung, Kuala Terengganu.
Sepanjang sesi ini, pelajar telah melaksanakan tugasan temubual bersama para nelayan bagi mendapatkan maklumat berkaitan operasi penangkapan ikan, pengurusan sumber serta cabaran semasa industri perikanan. Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan kaedah pengukuran bot nelayan sebagai sebahagian daripada pemahaman terhadap aspek teknikal dan pematuhan peraturan perikanan.
Latihan amali ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan teori secara langsung di lapangan, sekali gus memperkukuh kefahaman terhadap pengurusan sumber perikanan yang mampan dan berdaya saing.
Terima kasih diucapkan kepada semua nelayan yang sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu serta pengalaman berharga bersama para pelajar. Perkongsian secara langsung daripada penggiat industri ini amat bermakna dalam memberikan gambaran sebenar tentang cabaran, realiti dan amalan terbaik dalam sektor perikanan tangkapan.
Semoga jalinan kerjasama dan hubungan baik antara pihak akademi dan komuniti nelayan ini dapat diteruskan demi melahirkan generasi tenaga mahir yang kompeten, beretika dan memahami keperluan industri sebenar.