Lawatan pemantauan ini telah dilaksanakan pada 5 hingga 8 April 2026 bagi menilai tahap perkembangan, prestasi serta penguasaan kemahiran pelatih sepanjang tempoh Latihan Industri. Selain itu, sesi ini turut menjadi platform untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak industri berhubung kompetensi dan sikap pelatih dalam persekitaran kerja sebenar.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
• En. Zul bin Muhamed
• Tektik Bina Enterprise
• 24 Marine Services & Engineering
• Amir Vision Sdn. Bhd.
• KBISS Enterprise
• Aidiq Marine Adventure; dan
• Niche Masterpiece Sdn. Bhd.
atas komitmen, kerjasama serta bimbingan yang diberikan kepada para pelatih.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan lagi pada masa akan datang demi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam industri.