Akademi Perikanan Malaysia (APM) dengan kerjasama Pejabat Perikanan Daerah Temerloh dan MyKP Rumpun Makmur telah berjaya menganjurkan Kursus Penyelenggaraan Enjin Sangkut 2 Lejang Untuk Golongan Sasar pada 28 hingga 29 April 2026.
Bertempat di FELCRA Rumpun Makmur, Temerloh, seramai 18 orang peserta daripada komuniti perikanan setempat telah menyertai kursus intensif selama dua hari ini.
Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan dengan:
Kaedah penyelenggaraan enjin sangkut yang betul.
Penggunaan alatan tangan dan alatan khas untuk proses rombak serta pasang enjin.
Penekanan aspek keselamatan semasa bekerja dan penjagaan persekitaran.
Majlis Perasmian Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh Encik Roslan bin Abu Hasan, Pengarah Perikanan Negeri Pahang. Syabas diucapkan kepada semua peserta!! Semoga ilmu yang ditimba dapat membantu mengurangkan kos penyelenggaraan dan meningkatkan jangka hayat enjin bot masing-masing.