Kursus Aditif Makanan di bawah penajaan Program Inisiatif Pemerkasaan Kompetensi Latihan Tenaga Pengajar Institut Latihan Awam (IMPAK) Tahun 2026 telah diadakan dengan penglibatan seramai 10 orang tenaga pengajar APM. Kursus yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak MARDI ini bertujuan memberi pendedahan kepada tenaga pengajar berkaitan penggunaan aditif dalam makanan serta aspek keselamatan dan pematuhan industri makanan.
Antara pengisian kursus termasuk pengenalan kepada aditif makanan, kaedah penggunaan dan pengiraan bahan aditif, pengenalan Good Manufacturing Practice (GMP), pelabelan aditif makanan, serta perbincangan berkaitan isu halal dan haram dalam penggunaan aditif makanan. Selain sesi teori, peserta turut menjalani latihan amali melibatkan penggunaan aditif dalam pemprosesan minuman dan makanan.
Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kompetensi tenaga pengajar dalam bidang pemprosesan makanan selaras dengan keperluan industri semasa.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak MARDI atas kerjasama dan perkongsian ilmu sepanjang kursus berlangsung. Penghargaan turut diberikan kepada JAKIM atas perkongsian berkaitan aspek halal serta panduan penggunaan aditif makanan mengikut syariah dan peraturan semasa.